Monday, March 10, 2014

Jersi terbaru Manchester United musim hadapan..

Adakah ini jersi terbaru Manchester United musim hadapan??

Kini, di media semasa, jersi terbaru MU (Manchester United) telahpun tersebar meluar dengan gambar tajaan Chevrolet digunapakai pada jersi tersebut.

Belang hitam dilihat pada  zip di  kolar baju, malah pada lengan dan juga bahu. 

Walaupun masih belum jelas sama ada baju nie akan menjadi jersi MU pada musim hadapan, tetapi dengan persefahaman antara MU dan juga Chevrolet yang menjadi penaja utama MU memperlihatkan kemungkinan ini adalah jersi untuk musim hadapan.

Penajaan Chevrolet yang bernilai £25million setahun memperkuatkan lagi dakwaan bahawa Chevrolet akan menjadi penaja utama MU dan menaja semasa, AON mungkin tidak akan digunakan lagi pada jersi pada musim hadapan.

sumber : Dailymail

-luis Garcia-
Recent Comments Widget