Monday, March 10, 2014

City tewas kepada Wigan, 2-1.. Yes...

Malas la pulak nak bercerita pasal bola hari ini sebab saban hari dari hari sabtu sampai sekarang, Malaysia dan bsrita luar negara lebih menumpukan kepada kehilangan MH370. Aku pun sama. Banyak sangat spekulasi yang timbul terkesan daripada kehilangan kapal terbang tersebut.
Rata-rata berita terarah kepada kejadian tersebut. Pasal Manchester CIty kalah pun, orang tak tengok sangat. Aku pun, baru sebentar tadi tahu yang City kalah kepada Wigan untuk saingan bolasepak piala FA.

Sorry.. Hahahhaa..

Apapun, sebagai wakil Stylo Sport, kami mendoakan agar MH370 dapat dijumpai. Dan kami juga mengharapkan perkara yang baik akan berlaku nanti. Hanya Tuhan yang mengetahui segalanya, Kita sebagai hambanya, perlu berudaha dan selebihnya tawakal kepada Nya...

Now, back to main topic, iaitu City kalah kepada Wigan. Maka dengan ini, terlepas lah peluang CIty menggondol 4 piala musim nie. Tamak bebenar City nie. Agak-gak la. Ingat team lain tue tunggul... Tengok, kan dah kalah. Itu lah. Bongkak sangat.

Hahhahaha...

Secara ikhlas, aku tak tengok pun game City yang kalah tue. Sebab Astro umah aku dah aku potong, sekarang nie tunggu nak pasang unify sahaja. Mungkin pas pasang unify, lagi rancak lah Stylo Sport dengan perbagai bahan berita bolasepak yang baru.

Terpesong lagi.. Hahahahha...

Kembali cerita pasai City kalah.. Kalah kepada Wigan plak tue..

Aku summary setakat mana yang aku faham yer..

Manchester City: Pantilimon 5; Richards 5, Demichelis 5, Lescott 5, Clichy 5; Toure 5 (Silva 53, 6), Garcia 5; Navas 6 (Milner 53, 7), Aguero 6, Nasri 6; Negredo 5 (Dzeko 53, 5).
Subs not used: Hart, Kompany, Kolarov, Rodwell
Goal: Nasri 68
Bookings: Nasri, Toure, Milner, Dzeko

Wigan Athletic: Carson 6; Perch 7, Boyce 8, Ramis 7, Crainey 7; McArthur 7; McEachran 7 (Espinoza 66, 6); McCann 7 (Barnett 46), Gomez 7, McManaman 8 (McClean 58, 7), Fortune 7
Subs not used: Al Habsi, Rogne, Holgersson, Maynard
Goals: Gomez 27 (pen), Perch 47
Booking: Barnett, Carson, Espinoza

Referee: Anthony Taylor 7
Att: 46,824



Gol pertama dijaringkan Gomez melalui penanti setelah Martin Demichelis menjatuhkan Marc-Antoine Fortune.

Kemudian  James Perch menjaringkan gol kedua perlawanan sebaik sahaja bermula separuh masa kedua.


Namun, Samir Nasri menjaringkan gol pertama untuk CIty bagi merapatkan kedudukan perlawanan.


Walaupun jaringan Nasri dilihat dapat merapatkan kedudukan, namun, City gagal untuk layak untuk keputusan seterusnya dengan memperlihatkan jaringan 2-1 kekal sehingga tamat wisel perlawanan.

Pelligrini cuba untuk berbuat sesuatu pada minit ke 57 dengan memasukkan 3 pemain yang hebat, tetapi masih tidak dapat membantu City untuk menang perlawanan tersebut.


Yang paling menarik, pemain ini, Alvaro Negredo. Hanaya membuat 17 sentuhan sahaja dalam perlawana tersebut. Memang tak boleh pakai mamat nie. so, kalau dia maintain macam nie, nak main Spain nanti, kirim salam...

Hahahahha...




sumber: Dailymail

-luis Garcia-
Recent Comments Widget