Wednesday, January 14, 2015

Liga Super 2015 lebih sengit


Bola Sepak Liga Malaysia 2015 bakal membuka tirainya dengan Perlawanan Sumbangsih yang juga Liga Super petama, Pahang – JDT pada hujong bulan. Maka bermulalah kejohanan paling dinantikan oleh peminat sukan tanahair.

Peraturan baru dengan membenarkan 4 pemain import beraksi dalam perlawanan pastinya menjadikan kejohanan kali ini tambah hebat tetapi kesan sampingan memberi tamparan kepada pasukan kebangsaan. Bahagian serangan dianggap paling mencabar kerana ruang penyerang tempatan beraksi nampak makin terhakis.

Hakikatnya mereka mesti berusaha mencari tempat meskipun terpaksa bertindak seperti Norshahrul Idlan Talaha yang meninggalkan JDT untuk beraksi bersama ATM.

Kecoh perpindahan pemain terus menjadi fakta mengganggu kelancaran LM2015. Kes Gary Steven Robbat belum diputuskan. JDT, Pahang dan Kedah masih bertikai dan mahukan pemain midfield kental kebangsaan itu.

Garry telah menandatangai kontrak bersama Pahang nampak tergiur dengan tawaran JDT dan Kedah juga mahukan khidmatnya berdasarkan peraturan dia mesti mendapat kebenaran negeri kelahiranya setelah dilepaskan daripada skuad bawah 23 tahun.

Kes ini berulang lagi. FAM mesti merungkai satu peraturan yang mantap agar kisah ini tidak berulang atau membubarkan peraturan yang dianggap kongkongan ini.

Diatas padang saingan Liga Super nampak kian mencabar dengan strategi pasukan mengukuh barisan pemain. Bayangan dan harapan awal pasukan bertanding sudah mula diperkatakan.

Saya melihat pasukan-pasukan LS tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama, pasukan berpotensi berada dikelompok teratas. Pastinya diketuai pasukan utama.Juara Piala Malaysia/ Piala FA – Pahang dan Juara Liga Super – JDT.

Dua lagi pasukan, Naib Juara Liga Primier dan Piala FA - Felda United serta Terengganu yang diperkuat penjaring terbanyak LS 2014 Paolo Rengel.

Kumpulan kedua, pasukan pendesak diketuai Naib Juara LS - Selangor bersama Kelantan, Sarawak dan Juara Liga Primier 2014 - PDRM.

Sementara Sime Darby, Lions X11, ATM dan Perak mengisi kumpulan ketiga.

JDT bimbingan Bojan Hodak nampaknya kian mantap dengan pembelian pemain-pemain utama tahun ini. Harimau Selatan pasti bukan hanya mahu mempertahan LS tetapi menyimpan hajat merangkul Piala Malaysia dan Piala FA. Kedua-duanya terlepas kepada Pahang pada final dan separuh akhir.

Pasukan berbelanja besar itu juga mahu memantapkan pasukan disaingan kelab benua.

Mengekal kesemua pemain import dan memancing pemain utama negara membuktikan kesungguhan mereka. Gandingan Jorge Pareyra Diaz dan Luciano Figueroa sebagai sktiker kembar dibantu bahagian midfield terbaik, Safiq Rahim, Haris Harun dan Shakir Saari.
Bayangkan seandainya khidmat Gary S Robbat menjadi kenyataan. Kehadiran pemain serba boleh S. Kunalan dari Selangor yang boleh diletakan sebagai sayap atau pertahanan dan S. Chanturu menjadi pilihan untuk mengisi keletihan Amri Yahya.

Kehadiran tonggak Sarawak Junior Eldstal dan Amir Saidin memberi option kepada barisan
pertahanan tengah sedia ada Marcos Antonio, Fadzli Shas dan Aidil Zaquan. 

Pengalaman dua seri dan dua tewas pada aksi persahabatan di Australia pastinya menjadi ubat terbaik bagi JDT.

Seperti JDT lawanya pada perlawanan pembukaan musim dan pusingan kedua Piala FA, Pahang juga mengekalkan kesemua pemain importnya musim lalu demi kesinambongan. 

Dickson Nwakaeme dan Matias Conti akan dibantu “koji” dibahagian serangan.Namun Zainal Abidin Hassan berdepan masalah midfield. Ditinggalkan Faizol Hussin dan seandainya gagal mendapat khidmat Gary Robbat memungkin pertukaran strateginya. Namun Damion Stewart dan Zesh Rehman bakal mengukuh dibenteng pertahanan tengah dengan Razman dan Saifulnimzam mengukuh pertahanan kiri dan kanan.

Dilihat, pasukan paling menonjol musim lalu FELDA United pula mengekal tiga daripada import mereka. Edward Junior Wilson penjaring terbanyak LP dengan 19 gol bakal terus menjadi pengempor utama dengan bantuan Ndumba Makeche yang menjaring 6 gol musim lalu.

FELDA juga masih mengekalkan pemain berpengaruh Zah Rahan Krangar sementara pertahanan Yuroslav diganti ojan Miladinovic dari Serbia.

Namun tongak kekuatan semangat “peneroka” masih berhimpun dalam diri pemain senior Shukor Adan dan Indraputra Mahyuddin.

Pasukan ke-4 Liga Super musim lalu – Terengganu juga dilihat membina kekuatan mantap pada musim ini. Haji Rahman Ibrahim sudah terlepas daripada masalah mencari penyerang import dengan kehadiran penjaring terbanyak LS 2014 – Paolo Rengel yang berhijrah dari Selangor.
Ternyata kehilangan Norfarhan Mohd ke Kelantan serta merta diubati. Rengel yang menjaring hatrik ketika menang 3 – 1 keatas Lions X11 akan mendapat bantuan Manaf Mamat dan Ashari Samsuddin atau dua import baru Gustavo Lopez dan Hassan Chaito.

Dibenteng pertahanan harapan masih menyala kepada import terbaik mereka Vincent Bikana.

Begitulah empat pasukan terbaik LS 2015 pilihan saya. Namun pasukan lain juga mampu membuat kejutan. Kita cuba melihat kekuatan dan harapan pasukan-pasukan lain dalam coretan akan dating.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget