Suarez minta maaf kepada Chiellini
Akhirnya, Suarez memohon kemaafan kepada Chiellini atas apa yang berlaku tempoh hari. Suarez dilihat sudah dalam keadaan waras ketika memohon maaf kepada Chiellini, walaupun melalui Twitter sahaja.
Melalui akaun twitter beliau, Suarez dilihat sudah insaf dan menyesal dengan tindakan beliau kerana menggigit Chiellini. Malah beliau juga dilihat meminta maaf kepada Chiellini atas tindakan beliau tempoh hari dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya itu.
Chiellini juga dilihat membalas kenyataan maaf Suarez melalui akaun Twitter beliau. Chiellini berkata yang dia telahpun memaafkan Suarez dan berharap FIFA akan mengurangkan hukuman terhadap Suarez.
Dalam masa yang sama, terdapat ura-ura yang berkata, kenyataan maaf Suarez itu lebih bersifat hipokrit dan mempunyai agenda tersendiri. Malah kenyataan maaf itu juga dikaitkan dengan kelab Barcelona yang mahukan kenyataan maaf daripada Suarez, supaya procedure perpindahan Suarez ke Barcelona menjadi kenyataan.
Jeng jeng jeng....
Labels: World Cup 2014
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home