Sunday, July 6, 2014

Alexis Sanchez bakal melebarkan sayap ke Arsenal?



Alexis Sanchez bukan lah bintang bola sepak yang biasa, tetapi lebih mantap dan versatil daripada mana-mana pemain Arsenal yang lain. Jika dibandingkan Sanchez dan pemain star Arsenal seperti Mesut Ozil, Alexis Sanchez ternyata mempunyai kemahiran yang sangat diperlukan tetapi tiada pada Ozil.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan kenyataan ini tetapi saya melihat dari setiap sudut dan meneliti setiap game yang ada Sanchez dan Ozil. Sanchez lebih kepada permulaan kepada titik serangan dan juga pencetus Counter Attack yang baik. Passing, pace, dribbling, control juga sedikit lebih baik daripada Ozil.

Namun, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Arsene Wenger sedang berusaha untuk memikat winger Barcelona ini selepas Sanchez sendiri memutuskan untuk berpindah. Khabar angin mengatakan bahawa agent Sanchez, Rafael Hernandez telah bersetuju dengan semua terma, dan hanya menunggu yuran perpindahan untuk dilepaskan kelab sahaja.


Bagi aku memang tak mungkin Alexis Sanchez ke Arsenal atau mana-mana kelab EPL lain. Liverpool pun dok berangan nak Sanchez sebab boleh swap Sanchez dengan Suarez. Namun, semua tu rumors saja. Liverpool dah dapat Lallana, Emre Can cukup la. Hehehe~

-bergkamp-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home