Adiós y gracias Carles Puyol
Carles Puyol tidak akan bermain untuk Barcelona lagi, dan kini Puyol dilihat akan meninggalkan arena bola sepak dengan persaraan.
Semalam, berlangsung sidang media penghargaan kepada Carles Puyol di mana Puyol dilihat menyatakan persaraan beliau dari arena bola sepak. Walaupun kontrak beliau akan tamat pada 30 June nanti, namun Puyol dilihat tidak akan membuat sebarang penampilan selepas ini. Beliau juga tidak akan mengisi bangku simpanan Barcelona untuk perlawanan penentu juara liga menentang Atletico Madrid.
" Saya tak rasa akan bermain, mahupun berkhidmat sebagai jurulatih kerana itu bukan saya minati. Saya tidak tahu mungkin pada masa hadapan, tetapi sekarang, saya lebih ingin menumpukan banyak perkara lain selain bola sepak."
Puyol telahpun bermain untuk Barcelona dan telah mengecapi 15 musim dengan 21 kejuaraan (6 La Liga, 3 Liga Juara-Juara) malah bermain untuk negara Sepanyol sepanyal 100 kali.
Labels: otherleague
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home