Saturday, May 31, 2014

Reaksi penyokong Chelsea terhadap Rickie Lambert



Tahniah buat Rickie Lambert kerana menyertai kelab yang diimpikannya sejak kecil ini. Rickie Lambert akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Liverpool pada hari ini seperti yang ditulis:

Namun, terdapat penyokong Chelsea yang seperti mengejek Liverpool mengenai pembelian Ricky Lambert ini. Walaupun Chelsea berkemungkinan besar akan memperoleh Diego Costa, ejekan seperti ini adalah sama sekali TAK PATUT.


Chelsea supporters, jangan la macam ni. Berlagak sangat pun tak guna. Diego Costa pun bukan boleh score gol kalau Mourinho main taktikal Catenaccio (orang panggil parking bus). Simpan la ejekan tu, takut balik ke muka sendiri nanti. Huhu~

-bergkamp-

Labels:

Pick of The Day: France



Fokus untuk Pick of The Day kali ini akan beralih kepada skuad France atau dikenali sebagai Les Bleus. Skuad France kali ini dijangka bakal tiba di Brazil dengan harapan untuk memperbaiki mutu persembahan di peringkat antarabangsa yang dikatakan semakin menurun setelah ketiadaan legend Zinedine Zidane.


Didier Deschamps kali ini dilihat lebih fokus kepada teamwork untuk skuad France kali ini. Walaupun France kelihatan seperti agak vulnerable terutamanya di bahagian pertahanan, namun Deschamps tetap dengan pendirian beliau, iaitu membentuk pasukan yang berasaskan kepada semangat berpasukan. Baginya lagi, bermain secara perseorangan adalah salah satu taktik yang merugikan pasukan, dan perubahan mesti dilakukan demi matlamat untuk mara sejauh mungkin di piala dunia kali ini.

France XI2 France: World Cup 2014 Team Preview

Dengan tidak menyenaraikan Samir Nasri ke skuad France, Deschamps tampak yakin dengan kehadiran Mathiue Valbuena di bahagian sayap. Terdapat desas desus yang menyatakan Deschamps tidak berfikiran terbuka apabila tidak memasukkan Nasri ke skuad piala dunia namun, Deschamps tetap dengan pendiriannya. Pandangannya terhadap Nasri tetap tidak berubah meskipun Nasri bermain dengan begitu cemerlang bersama Manchester City musim ini.

world cup draw fifa Guide to All 32 FIFA World Cup 2014 Teams: Key Players, Predicted Line Ups & More

France bakal menghadapi Switzerland, Ecuador dan Honduras dan para pemerhati bolasepak menjangkakan France akan menjadi johan kumpulan E sekiranya Franck Ribery menjadi tonggak serangan France. Ribery yang akan bermain pada piala dunia yang terakhir ini diberikan tugas untuk mengemudi serangan dan admin yakin, dengan kebolehannya di peringkat kelab dan pentas antarabangsa, Ribery mampu memberikan sumbangan kepada negaranya.

Ribery XI 600x375 France: World Cup 2014 Team Preview

-bergkamp-

Labels:

Arsene Wenger di Arsenal hingga 2017



Berita baik buat peminat kelab Arsenal. Arsene Wenger telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal dan dikatakan Arsene Wenger akan berada di Arsenal sehingga tahun 2017.

Berikut adalah rekod Arsene Wenger sepanjang penglibatannya bersama Arsenal:


dan lagi:


Hahaha, bagus-bagus. Admin rasa inilah yang terbaik. Kih3~

-bergkamp-

Labels:

Fakta Brazuca - Bola World Cup


Labels:

Pick of The Day: Germany



Skuad Jerman adalah pembuka post untuk stylosport kali ini. Skuad yang rata-ratanya adalah bakat-bakat muda yang menonjol merupakan antara pilihan untuk menjuarai piala dunia tahun ini. Jerman pasti akan bertandang ke Brazil dengan semangat baru setelah mereka kecewa pada temasya piala dunia yang lepas.


Skuad kendalian Joachim Loew ini sememangnya menarik perhatian dunia. Boleh dikatakan kesemua posisi mempunyai star player masing-masing. Pastinya Joachim Loew berasa sedikit lega kerana mempunyai kesebelasan utama dan backup yang cukup bagus untuk temasya kali ini. Jerman kali ini adalah sangat berbahaya, dan pastinya kebanyakan negara akan mengelak untuk bertemu dengan mereka.

Germany XI Germany: World Cup 2014 Team Preview

world cup draw fifa Guide to All 32 FIFA World Cup 2014 Teams: Key Players, Predicted Line Ups & More

Dengan menekankan corak menyerang, Jerman ternyata tiada masalah untuk menghasilkan gol walaupun mereka ketandusan penyerang. Miroslav Klose berkemungkinan akan dapat menyarung jersi Jerman dan Joachim Loew pasti mahukan sentuhan berbisanya jika Klose dipilih. Namun, pemain tengah mereka sememangnya mencuri tumpuan. Dengan adanya Mesut Ozil, Thomas Muller, Marco Reus, Mario Goetze, Toni Kroos, Bastian Schweinsteiger dan Andre Schurrle, Jerman dilihat mempunyai banyak option untuk menyerang melalui pemain midfield mereka.

Muller Key 600x400 Germany: World Cup 2014 Team Preview

Bagi admin, Thomas Muller adalah key player pada temasya piala dunia kali ini. Muller mempunyai rekod jaringan yang baik, sama ada di Bundesliga dan untuk Jerman. Pemain yang semakin matang ini dilihat lmenjadi sandaran kerana keupayaannya mencari ruang dengan larian menarik dan mampu menjaringkan gol. Namun, Muller dilihat berfungsi lebih kepada attacking midfielder berbanding penyerang. Finishing beliau juga sangat tepat, meskipun kadang-kadang dilihat agak clumsy di hadapan gol.

Untuk Jerman, cabaran mungkin akan datang dengan perlawanan peringkat kumpulan bertemu Portugal. Dengan kelebihan dari segi keupayaan seluruh pasukan, Jerman dilihat akan layak menjadi johan kumpulan berbanding Portugal.

-bergkamp-

Labels:

Friday, May 30, 2014

Lambert milik Liverpool


Akhirnya Liverpool melengkapkan perpindahan bintang Southampton yang berusia 32 tahun ini dengan nilai £4juta berserta syarat tambahan.

Rickie Lambert ternyata gembira dapat merealisasikan impiannya untuk menyarung jersi pasukan kegemarannya yang mana dia pernah mewakili Liverpool semasa berusia 11 tahun.



Antara yang terawal berkata mengenai perpindahan ini ialah bekas pemain pasukan England dan juga pengulas sukan, Gary Linekar.


Sepanjang bersama Southampton, Lambert telah bermain sebanyak 235 perlawanan dan menjaringkan 117 gol. Pada musim lepas dia telah bermain sebanyak 39 perlawanan dan mencetak 14 gol.

Liverpool kini sedang berunding dengan pemain tengah Southampton, Adam Lallana yang bakal mengikuti langkah Lambert.

Labels:

Wenger sambung kontrak


Setelah memenangi Piala FA, Arsene Wenger di sambung kontraknya selama 3 tahun lagi sehingga 2017. Wenger sudah 19 tahun bersama Arsenal sejak tahun 1996 kini masih dahaga lebih banyak kemenangan setelah kemarau selama 9 tahun.

Semoga musim depan Arsenal kembali menyengat.

Labels:

Quincy Promes dalam radar Van Gaal


Pemain sayap lincah yang berusia 22 tahun ini kini di dalam radar Van Gaal bagi menyertai kem Red Devils musim hadapan. Quincy Promes yang menghasilkan hat-trick semasa pasukan bawah-21 Belanda menewaskan pasukan Scotland bawah-21 dengan jumlah jaringan 6-1.

Quincy Promes yang bermain bersama FC Twente telah menjaringkan 11 gol dalam 31 perlawanan dan menghasilkan 8 assists. 

Labels:

Torres jawab kenapa dia tinggalkan Anfield


"Saya seperti raja di sini, tetapi pasukan kami alami kejatuhan"
Itulah kata-kata Torres yang tiba di Liverpool pada musim 2007-2008. Tambahnya lagi, semuanya ada di Anfield. Xabi Alonso dan Mascherano adalah antara nama besar di Anfield termasuk Gerrard yang merupakan lagenda kelab ini.

Namun, sepanjang 5 tahun bersama Liverpool, tetapi Liverpool gagal memenangi EPL dan juga Champion League. Kemudian, satu-satu nama besar dijual termasuk Xabi Alonso dan Mascherano kepada Real Madrid dan Barcelona.

"Saya masih berusia 27 tahun, saya mahu tahu apakah perasaan ketika mengangkat trofi Liga Juara-Juara dan saya mempunyai perasaan ianya tidak akan berlaku di Liverpool. 

"Liverpool kemudiannya berada dalam sessi peralihan penuh, kelab ini telah dijual dan dalam hal ini, melainkan jika anda adalah Manchester City atau PSG, ia boleh menjadi jalan yang lama sebelum anda sekali lagi berdaya saing. 


"Saya tidak mempunyai masa untuk menunggu. Suatu hari, Steven Gerrard datang kepada saya dan berkata: 'Fernando, sekarang anda perlu berfikir tentang diri anda. Dan fikir apa yang anda perlu anda lakukan.' 

"Tetapi apabila saya pergi untuk memberitahunya bahawa saya akan menerima tawaran Chelsea, ia menghancurkan perasaannya. 

"Mengumumkan penghijrahan saya ke Chelsea kepada Gerrard adalah salah satu daripada saat-saat yang paling sukar dalam kerjaya saya. 

"Dia adalah teman sepasukan saya yang paling hebat dan baik. Saya sangat sukar untuk mendapatkan rakan sepertinya."

Labels:

Roy Keane akan urus Celtic?


Sumber dalaman pasukan Ireland mengatakan bahawa Roy Keane yang juga pembantu Martin O'Neill akan menguruskan pasukan Celtic.

Namun, pihak pasukan Ireland masih tidak mengesahkan berita ini. 

Dalam temubual, O'Neill mengatakan bahawa ada kemungkinan Roy Keane akan meninggalkan kem Ireland kerana peluang untuk menguruskan kelab besar seperti Celtic jarang untuk mendapatkannya.

Jika berita ini benar, maka Keane terpaksa bersaing dengan bekas pemain Chelsea, Dan Petrescu.

Labels:

Gol sendiri yang paling menjengkelkan


Austin Ejide, penjaga gawang Nigeria telah menimbulkan kemarahan peminat Nigeria dan mungkin di siasat ekoran gol sendiri darinya semasa menentang Scotland 2-2.

Dia seperti sengaja menolak bola ke dalam gawang sendiri yang memberikan Scotland gol awal.

Labels:

Sagna sertai The Citizens


Setelah 8 tahun bersama Arsenal sejak tahun 2007 dan hanya memenangi 1 piala, Sagna memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bersama The Gunners.

Kini, Manchester City di lihat bakal mengambil langkah awal untuk menandatangani pemain lincah ini dan bakal merealisasikan impian Sagna untuk memenangi pelbagai piala kejohanan.

Tempat Sagna di Arsenal bakal di serahkan kepada Carl Jenkinson. Sagna telah membuat 213 penampilan bersama Arsenal dan menghasilkan 4 gol.

Labels:

Spain di arah keluar jersi baru

Kontroversi. Warna jersi 2 pasukan ini bakal mengelirukan mereka

FIFA telah mengarahkan pasukan bola sepak Sepanyol untuk mengeluarkan jersi baru.

Dalam kenyataan FIFA, Sepanyol telah di undi bersama pasukan Belanda di dalam Kumpulan B akan menggunakan jersi yang warna kontrasnya ada sedikit persamaan.

Jika di amati, ternyata kenyataan FIFA itu benar.


Walaupun pada dasarnya dan pada mata kasarnya 2 warna ini boleh di bandingkan, tetapi bagi pemain, jika membuat hantaran jauh, kedua-dua warna ini seakan-akan sama dan mereka pasti tersalah membuat hantaran.

FIFA sangat prihatin akan hal ini dan menggesa pasukan Sepanyol untuk mengeluarkan jersi ketiga mereka.

Labels:

Fabianski sertai Swansea


Penjaga gol Poland Lukasz Fabianski telah menandatangani perjanjian empat tahun dengan Swansea selepas bersetuju untuk meninggalkan Arsenal pada akhir kontraknya.

Pemain berusia 29 tahun itu secara rasmi akan menjadi pemain Swansea pada 1 Julai apabila kontrak beliau di Emirates tamat.

Fabianksi, yang telah memenangi 21 caps untuk negaranya, menjadi pemain pertama yang di tandatangi oleh Swansea selepas Garry Monk dinamakan pengurus tetap kelab itu.

Bekas penjaga gol Legia Warsaw ini, yang menyertai The Gunners dengan harga £2 juta pada 2007, menghabiskan sebahagian besar masanya di utara London sebagai Arsene Wenger penjaga pilihan kedua .

Perlawanan terakhir beliau sebagai pemain Arsenal adalah dengan membantu kelab itu menamatkan kemarau trofi sembilan tahun mereka dengan memenangi perlawanan akhir Piala FA menentang Hull dalam masa tambahan .

Fabianski akan memberikan bersaing bersama Michel Vorm dan Gerhard Tremmel di Stadium Liberty.

Bercakap kepada laman web rasmi Swansea, Fabianski berkata: 'Saya amat gembira dengan langkah ini, keputusan ini dan juga kelab ini. Saya amat teruja untuk musim akan datang dan tahun-tahun akan datang.

'Ia akan menjadi satu penghormatan yang besar untuk mewakili Swansea City. Semua peminat bola sepak tahu bahawa Swansea adalah kelab bola sepak yang sempurna. Cara mereka bermain bola sepak sangat mengujakan semasa menontonnya dan mereka telah sentiasa menjadi pasukan yang menarik.

'Berdasarkan apa yang kelab telah dicapai dalam tiga musim sebelum ini di dalam Liga Perdana Inggeris, anda boleh melihat dengan jelas bahawa kelab ini sentiasa maju ke hadapan.

'Sejujurnya​​, sebab utama saya datang ke Swansea adalah kerana saya mahu menjadi penjaga gol nombor satu. Saya mahu bermain setiap minggu.

'Ia akan menjadi satu perjuangan yang sebenar, tetapi saya tidak takut itu. Persaingan antara pemain sangat bagus, jadi saya fikir semua orang akan mengambil positif dari itu.

'Saya teruja. Saya telah meminta program pra-musim untuk melihat bagaimana ia kelihatan. Saya benar-benar tidak sabar untuk bermula dengan rakan sepasukan baru saya dan saya fikir ia akan menjadi satu lembaran baru yang hebat dalam hidup saya.

'Saya akan bekerja keras untuk kelab, memberikan segala-galanya setiap hari. Saya boleh berjanji bahawa ini merupakan permulaan baru yang terbaik untuk saya.'

Labels:

Alvaro Morata dalam radar Arsenal..

Arsenal dilihat akan memperkuatkan skuad yang sedia ada dengan kemungkinan membawa masuk pemain muda Real Madrid, Alvaro Morata.

Penyerang berbakat tersebut sememangnya menjadi sasaran Arsene Wenger dan beberapa kelab lain juga dilihat berminat untuk mendapatkan khidmat Alvaro Morata.

Musim lepas, Arsenal telahpun cuba untuk mendapatkan khidmat Morata secara pinjaman, namun disebabkan terdapat clause di dalam kontrak Morata menyebabkan usaha tersebut gagal.

Morata berjaya menjaringkan 9 gol daripada 28 perlawanan. Dalam masa yang sama, minat Arsenal untuk mendapatkan Karim Benzema juga terpaksa dilupakan kerana Carlo Ancelotti mahukan penyerang tersebut menandatangani kontark terbaru bersama Real Madrid.

Sumber: Daily Mail

-luis Garcia-

Labels:

Pengadil bola wanita pertama memakai tudung

 
Amboi, awek mana pula ni? Comelnya bertudung. Tulis apa tu ye?


Jom berkenalan dengan Chahida Chekkafi. Chahida Chekkafi atau nama manjanya Ida (sukati aku ja boh nama dia) adalah seorang pengadil bola pertama yang memakai tudung dan menutup aurat.

Baru sahaja berusia 16 tahun!!! Mesti ramai jejaka kat luar tu dok usha-usha kan? Maaf ye, bawah umur lagi. Nantu kena hukum sebat. :)

Ya, Chahida Chekkafi baru berusia 16 tahun dan berasal dari Morocco tetapi kini menetap di Itali. Mungkin selepas berita ini di keluarkan, ramai yang berniat untuk ke Itali? Hehee..

Chahida Chekkafi menjadi pengadil untuk liga remaja Itali. Dan untuk pengetahuan semua, ibunya juga seorang pemain BOLA SEPAK. Gila you all...memang tak sangka. Mereka datang dari keluarga bola sepak.




Labels:

Thursday, May 29, 2014

Poster Super Duper Terbaek Edisi World Cup 2014


Poster Super Duper Terbaek Edisi World Cup 2014 ini telah di lukis oleh artis dan pereka grafik dari Brazil iaitu Cristiano Siqueira aka CrisVector.


CrisVector merupakan antara Otai ataupun Sifu Adobe Illustrator. Dia berpengalaman menghasilkan seni grafik untuk jenama Nike, Playboy, Gillette, Microsoft, The Wall Street Journal, Richmond Publishing dan banyak lagi.

Dan inilah hasil seninya khas untuk Piala Dunia 2014.































Labels: