Admin selaku peminat bola sepak sememangnya terkejut bila tengok Liverpool dimalukan Chelsea di Anfield. Gol pertama mint ke-45+3 hasil jaringan Demba Ba, gol kedua minit ke-90+4 pula dijaringkan Willian. Taktikal Mourinho kali ini memang berkesan ke atas Brendan Rodgers, baik separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Bagi admin, Brendan Rodger memang sudah terperangkap dalam permainan Mourinho.
Pada pendapat admin, Chelsea memang bermain dengan sabar. Gol pada minit-minit kecederaan adalah buktinya. Chelsea membuktikan yang mereka dapat me'neutral'kan serangan Liverpool walaupun kena attack macam nak gila.
Admin cuma nak meringkaskan saja analisis ni untuk point penting saja. Baik, pada permulaan permainan Mourinho menurunkan Schurrle dan Salah di sebagai attacking midfield left dan right TETAPI hanya Schurrle dan Demba Ba sahaja yang dibenarkan menyerang, manakala Salah lebih kepada ball recovery dan control bahagian tepi. Bahagian wing Liverpool sememangnya sangat kuat. Schurrle dan Salah kerap turun ke bawah untuk menolong rakan pertahanan yang diasak flamboyant winger Raheem Sterling dan Coutinho yang ternyata memberi ancaman berterusan. Pertahanan Liverpool pula jarang ditembusi dan kita dapat lihat Schurrle kerap kali hilang bola bila counterattack.
Apabila Raheem Sterling mengasak di bahagian kanan, terdapat 3 pemain yang akan cuba mengasaknya, iaitu Ashley Cole, Matic dan Salah. Di bahagian kiri pula jika bola di kaki Coutinho, Azpilicueta, Mikel dan Schurrle akan cuba mengasak. Disebabkan itu, bola kerap kali digerakkan ke bahagian tengah terutamanya pada Gerrard dan Allen, dan Lampard akan turun untuk membantu (kena kad kuning sepasai).
Jika kita lihat, pertahanan Chelsea menjadi 9 orang, yang mana winger Liverpool akan di'neutral'kan secara 1 vs 3, dan Suarez kadang kala terpaksa turun ke bawah untuk mengelakkan Man Marking dari Ivanovic dan Kalas. Bagi admin Kalas dan Salah melakukan tugas dengan baik dan berdisiplin pada separuh masa pertama. Dalam bolasepak, NASIB juga memainkan peranan, seperti gol pertama Demba Ba akibat kelekaan Gerrard.
Liverpool pula sememangnya merindui Jordan Henderson yang dikatakan sebagai 'Guard Dog' di bahagian tengah. Lucas Leiva pula masih tidak menemui sentuhan kreatifnya, dan tidak begitu berfungsi pada separuh masa pertama (siap offside lagi, semangat nak attack) dan kemudiannya ditukarkan untuk Sturridge. Kemasukan Iago Aspas menggantikan John Flanagan adalah 'gamble' yang gagal untuk Brendan Rodgers. Bagi Mourinho, pertukaran ini adalah saat yang ditunggu. Brendan Rodgers mengharapkan Aspas untuk bermain di kawasan yang padat (pertahanan Chelsea) dan cuba menjadi lebih kreatif, tetapi pertukaran ini jelas memakan diri Brendan Rodgers.
Bagi admin, hard luck untuk Liverpool. Berdoa lah anda supaya YNWA akan dilaungkan pada penghujung musim 2013-2014 ini dengan megahnya dan bersama piala yang diidamkan. Manchester City pasti tak boleh duduk diam kali ni dan akan cuba mengutip kesemua point yang ada untuk muncul juara liga. Hehehe~
Man of the match bagi admin: Mark Schwarzer
-bergkamp-