Semalam sambil-sambil aku menghirup teh o panas selepas makan malam, sambil-sambil itu jugaklah aku menonton berita mengenai kehilangan MH370. kebetulan mpress conferance mengenai pesawat MH370 disiarkan.
Daripada apa yang aku faham, usaha mencari pesawat kini diperluaskan kebahagian Selat Melaka yang dibahagikan kepada beberapa zon. Zon A, B, C, D dan E. Kebarangkalian tambahan zon mencari ini diperluaskan kearah Selat Melaka disebabkan mereka mengesan ada tanda-tanda yang menunjukan pesawat tersebut telah berpatah balik dari laluan asal. Ditambah pula dengan pengakuan seorang nelayan yang melihat ada pesawat yang terbang sangat rendah.
Dalam press conferance itu, ada wartawan bertanya soalan mengenai status 2 orang yang menggunakan pasport palsu. Walaupun tiada gambaran gelas diberitahu, tapi Malaysia's Department Civil Aviation Director General, Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan muka suspek bukan muka seorang Asian. Malah beliau juga berkata muka suspek seperti pemain bola sepak, Balotelli.
Walaupun blog ini berkaitan dengan sukan bola sepak, tetapi sekiranya terdapat berita-berita terkini mengenai MH370, kami secara langsung akan membawakan berita terkini mengenainya melalui blog ini. Kami juga mendoakan usaha mencari oleh pihak-pihak berwajib dipermudahkan.
Amin..