Semalam aku betoi-betoi tak ada mood untuk cerita bab bola. Walaupun Liverpool menang ari Ahad lepas, tapi aku still tak ada mood nak menulis...
Haih...
Tapi ari nie ok sikit la kot. Nak bukak news pasai bola pun ok sikit. Semalam pun tidor awal. So pagi nie bersemangat la sikit la nak bercerita pasal bola..
Ok.. Back to real world. Aku malas nk komen game MU dengan Liverpool. Game tue macam berat sebelah ja pun. Kalau aku jadi Brendan Rodger, aku letak reserve team ja melawan MU. Itu pun rasanya gerenti boleh menang.
Hahhahaha...
Tapi apa yang aku nak story dekat sini lebih kepada malam tue. Sebenarnya aku dah terminate Astro. Good Bye Astro. Bertahun dah aku melangan Astro. Rasanya dah tiba masanya aku beralih angin. So aku pun membuat keputusan dengan melanggan Unifi. Yup, Unifi. Welcome Unifi. Sekarang nie bila nak tengok bola, tak payah dah berebut dengan family member yang lain. Aku leh layan bola sorang-sorang dalam bilik sambil streaming bola. Layan beb streaming bola kot internet. Tapi, pastikan screen monitor tue besar la jugak. So puas la sikit melayan bola.
Bila streaming bola nie, kelemahannya satu ja. Kualiti gambar. Kalau dapat link yang mana provide HD nya gambar, memang puas hati. Tapi kalau layan streaming gambar stail youtube ja, kureng sikit lah. Pastu screen. Kalau screen komputer besar macam tv, memang masyuk. aku nya screen, 21" sahaja. Kira halal lah. nanti aku beli smart tv buat monitor. Cari yang 42" nya ka.. Barulah menarik.
Kan...