Saturday, March 1, 2014
Manual Pellegrini kena getah.
✔
Anonymous
March 01, 2014
Pengurus pasukan Manchester City, Manuel Pellegrini telah dihukum gantung 2 perlawanan oleh UEFA selepas komennya terhadap referee Jonas Eriksson.
Setelah anak buahnya tewas kepada Barcelona, Pellegrini dengan lantang mengutuk pengadil dari Sweden tersebut sebagai tidak adil dan berat sebelah.
Betul lah bak kata pepatah 'kerana mulut badan binasa'. Pellegrini akan dihalang dari menuju ke terowong dan bilik persalinan pemain pada perlawanan timbal balik bertemu Barcelona di Nou Camp. Namun Pellegrini masih dapat membuat rayuan mengenai hukuman tersebut.
-admin bergkamp-