Monday, March 31, 2014

Spurs di'ayam'kan Liverpool


Hujung minggu yang stress. Nak tau kenapa? Sebab Liverpool dok atas dah. Gayat la konon. Arsenal pulak seri dengan Manchester City. Bagi admin kira memang lucky sangat la sebab admin jangkakan Arsenal kena 3-0, tapi seri 1-1 pulak. Chelsea pulak kalah dengan Crystal Palace. Macam tak lojik tapi inilah kenyataan.

Beralih kepada Liverpool pula, makin menjadi-jadi sekarang ni. 4 gol, banyak tu. Tibai Spurs pulak tu. Tak naya kena ayam. Defend Spurs memang teruk. 4 gol semua salah defend. Own goal, poor marking, poor passing, tu pasal la kena belasah.

Apa-apa pun, mari kita tengok gol-gol Lierpool ni. Layan~


og


Suarez


coutinho

four

Tahniah Liverpool, anda layak berada di puncak liga (buat masa sekarang). Jangan buat gayat sangat, meluat admin. hahaha~

-bergkamp-

Labels:

Thought of the Day, Dnipro vs Dynamo Kiev



Kapten Dynamo Kiev Oleg Gusev bernasib baik kerana diselamatkan oleh pemain pasukan lawan selepas pertembungan yang mengerikan dalam perlawanan menentang Dnipro dalam Liga Perdanan Ukraine

Kapten yang berusia 30 tahun ini menerima impak lutut daripada keeper Dnipro Denis Boyko dan terus pengsan atas padang serta merta. Oleg Gusev diselamatkan oleh Java Kankava, pemain tengah Dnipro apabila menyedari Gusev tidak sedarkan diri.

Kankava terpaksa mengorek mulut Oleg Gusev dan menarik lidah kerana khuatir Gusev akan tertelan lidah sekaligus menghalang pernafasannya.

Berikut adalah kronologi kejadian:

Incident: Dnipro keeper Denys Boyko goes to collect a cross as Dynamo Kiev captain Oleg Gusev races in
Goalkeeper Dnipro Denis Boyko (hitam) melompat 

Clash: Boykov's knee collides with the side of Gusev's face in an accidental challenge
Goalkeeper ni bagi lutut sebijik dekat muka kapten Dnipro Oleg Gusev (biru kanan)


Out for the count: Gusev is immediately knocked unconcious in full sight of Dnipro midfielder Jaba Kankava
Oleg Gusev Knock Out! 

Quick thinking: Kankava reacts by forcing his hand down Gusev's throat to stop him swallowing his tongue
Jaba Kankava, pemain Dnipro memberi bantuan A, B, C (airway, breathing, circulation)

Call the cavalry: Players from both sides and medical officials join the scene
Pemain-pemain mengelilingi Kankava dan Gusev berserta medical team


Luck escape: Gusev is eventually carried off the field on a stretcher after appearing to recover
Oleg Gusev diusung keluar


Hero: Kankava is seen nursing his hand, which was likely bitten as he tried to clear Gusev's airways
Java Kankava melihat tangan yang digigit Oleg Gusev ketika cuba menyelamatkan Gusev
(pedih jugak dia gigit, ish...~)

Syabas Java Kankava, anda memang terbaik!!

-bergkamp-


Labels:

Neymar Jr. sebagai duta Police Eyewear and Lifestyle


Kita asyik dengar Cristiano Ronaldo dengan David Beckham saja yang jadi duta produk, pemain bola lain tak ada ka? Bukan tak ada tapi muka Ronaldo dengan Beckham ni nilai market tinggi. Bayar mahal pun tak apa asalkan company boleh untung gila-gila. Tayang muka dah dapat duit. Senang sungguh.

Kini, peminat-peminat Neymar Jr. usah risau kerana Neymar Jr. pula mengorak langkah dengan menjadi muka baru duta produk terkenal Italy, Police Eyewear and Lifestyle.

Neymar dan cermin mata hitamyang stylo

Neymar Jr wearing POLICE model S1859
Macam-macam gaya 

Neymar Jr wearing POLICE model V1914
Gaya Bajet. Hehe
Neymar Jr wearing POLICE model S8299
My Game My Rule~

Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh kawan-kawan! Kita serbu!!! Hehehe~

-bergkamp-


Labels:

Best of skills




Labels:

Aku tak sangka Chelsea kalah ari Sabtu lepas...


Gol...

Aku sebenarnya betul-betul tak sangka Chelsea kalah sabtu lepas dengan Crystal Palace. Gol sendiri daripada John Terry. Gol masih dijaringkan oleh team Chelsea tapi masuk gawang sendiri...

hahahhaha...

Apapun sebagai menyokong tegar LFC, aku sangat-sangat berterima kasih kepada Crystal Palace kerana telah membuka ruang kepada LFC untuk berada ditahta liga buat kali pertama. Bukan senang nak duduk atas tue, gayat rasa. Al maklumlah, bertahun duduk tengah-tengah aja, kini duduk atas..

Hew hew hew... Gayat.....

Aku sebenarnya baru tengok game ulangan Crystal Palace dengan Chelsea lepas game Liverpool dengan Spurs  (live) semalam. Mula-mula aku rasa pelik tengak table lepas LFC menang dengan Spurs, sebab duduk di tahta liga, rupa-rupanya Chelsea kalah dengan Crytal Palace. Lembab betul aku. Nampak sangat tak peduli perlawanan hari Sabtu punya. Actually bila tengok game tue balik, sebenarnya Chelsea memang banyak peluang, tapi tak ada luck malam tue. Siap Mourinho tensen dengan budak kutip bola lagi...


Haih.. Dengan budak pun nk gaduh...

So, kepada rakan-rakan, sanak saudara, member-member, sahabat taulan, adik kakak, pakcik-pakcik, atok-atok, yang mana memang penyokong tegar Chelsea nie, keluar gua lah wei..

Kah kah kah....

Lagi info terkini, Mourinho punya la bengang dekat striker-striker dia, nampak gayanya mungkin season depan Chelsea akan menggunakan penyerang terbaru. Yang sedia ada, sama ada jual atau loan jer. Kalau aku jadi Mourinho, aku iklan jer kat Mudah.my.


Dan calon yang Mourinho paling berkenan adalah.....
harga juta-juta nie.....


-luis Garcia-

Humor Bola Sepak II



Labels:

Pahang kena beringat walau kini di atas..

KUANTAN - Pemain Pahang diingatkan supaya tidak leka dibuai mimpi setelah mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Perak kelmarin, yang membolehkan pasukan itu melonjak ke anak tangga pertama Liga Super buat kali pertama musim ini.

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata, para pemain perlu mengekalkan momentum permainan yang cemerlang dan meneruskan perjuangan, sekali gus kekal pada kedudukan sedia ada apabila memasuki pusingan kedua nanti.

Penjaga gol Perak, Razi Effendi Suhit menepis tandukan pemain Pahang, Matias Ruben Conti dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin. Pahang menang 2-0
Katanya, beliau tidak mahu anak buahnya itu terus dibuai mimpi berikutan kejayaan tersebut kerana masih banyak lagi perlawanan yang perlu dihadapi.

"Saya mengingatkan pemain-pemain saya agar tidak mudah leka dan sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan yang bakal dihadapi nanti.

"Mereka perlu mengekalkan rentak kemenangan ini sekiranya mahu bergelar juara liga pada penghujung musim ini. Pemain-pemain harus ingat yang mereka masih ada lagi tanggungjawab dan cabaran lebih besar selepas ini," katanya di sini semalam.

Dalam perlawanan kelmarin, Pahang berjaya merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Terengganu selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Darul Makmur manakala Terengganu hanya seri 1-1 dengan Kelantan.

Pahang memperolehi gol menerusi penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme dan pemain sayap lincah, R. Gopinathan dalam separuh masa permainan.

Pahang kini mengumpul 19 mata selepas 10 perlawanan dengan merekodkan enam kemenangan dan satu seri.

Selepas mengambil alih tugas daripada Ronald Smith, Zainal mampu tersenyum kerana pasukannya mencatat rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan dengan tiga kemenangan.
Menurut Zainal, untuk kekal di persada liga, para pemain perlu membaiki banyak kelemahan yang ada.

"Namun saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain dalam perlawanan menentang Perak kelmarin.

"Saya harapkan pada perlawanan selepas ini, semua pemain pemain kekalkan prestasi yang terbaik agar kita dapat kekal di takhta liga," katanya.

Labels:

Sunday, March 30, 2014

Josip Drmic bakal ke Emirates?


Arsenal dikatakan akan mendapatkan khidmat penyerang Nuremburg, Josip Drmic pada jendela perpindahan akan datang.

Josip Drmic kiri

Josip Drmic telah dikaitkan perpindahannya beberapa hari yang lalu, berikutan pencapaiannya di Nuremburg yang meyakinkan. Dengan 15 gol daripada 26 perlawanan di Bundesliga, Arsenal dikatakan sudah mendapatkan tandatangan beliau.

Rekod di Bundesliga


Josip Drmic yang tiba di Nuremburg dari FC Zurich, telah menarik perhatian beberapa kelab lain berikutan rekod tahun pertamanya di Nuremburg yang bagus.



''47% daripada gol Nuremberg adalah datang dari Drmic. Dia akan menjadi pemain Arsenal,'' kata Lothar Matthaus.

Pada pendapat admin Arsenal memang suka beli player yang tak terkenal, hidden potential besar tapi kita tengok la nanti. Payah nak tengok pak Wenger beli player. Hehe.

-sumber: metro.co.uk

-bergkamp-




Labels:

Saturday, March 29, 2014

Wajah pemain terkenal dalam PES 14 dan FIFA 14.

Menarik juga teknologi sekarang ini. Walaupun aku bukan lah peminat setia permainan console tak kiralah main Playstation ka, Xbox ka, dengan ilustrilasi dan gambar 3D dalam permainan FIFA 14 ataupun PES 14, membuatkan aku terpegun.

SO, mari kita tengok perbezaan mengenai wajah pemain bolasepak terkenal antara PES 14 dan juga FIFA 14. Secara peribadi, aku rasa, FIFA 14 lebih menawarkan gambar 3D yang lebih menarik berbanding PES 14. Apapun itu pandangan peribadi aku la.

Nama pemain? Korang pun mesti tahu lah siapa pemain-pemain nie. Macam real daa...

Hehehhehe....


































Labels: