Wednesday, February 19, 2014

Michael Laudrup dipecat melalui e-mel.


Michael Laudrup mendakwa beliau telah dipecat hanya melalui e-mel, hanya selepas beberapa jam apabila diberitahu kerjayanya di Swansea selamat dan berjabat tangan dengan pengerusi kelab, Huw Jenkins .Laudrup , 49,telah membawa pulang trofi Piala Liga selepas 102 tahun dalam sejarah kelab Swansea.Walau bagaimanapun, dia dipecat setelah perjalanan Swansea dalam Liga Perdana tidak begitu baik ditambah pula dengan isu pertelagahan Landrup dengnn staff kejurulatihan.

"Ia berlaku hanya beberapa jam selepas kami berjabat tangan dan sudah tentu , saya sangat, sangat keliru ," kata Laudrup . 

Landrup mengakui yang beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan Jenkins dan berkata beliau terpaksa menunggu sembilan hari sebelum menerima surat rasmi menjelaskan berkenaan keputusan pemecatannya.Dalam masa yang sama, Laudrup tidak dibenarkan untuk bercakap dengan bekas pemain , namun beliau telahpun menulis kepada mereka.Swansea menduduki tempat kesembilan dalam Liga Perdana musim lalu , tetapi kini, hanya memenangi tiga daripada 13 perlawanan.

Landrup mendakwa beliau telah berbincang dengan Jenkins. Jenkins mahu Landrup memecat kakitangan kejurulatihan beliau tetapi landrup tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukan. Kemudian pada hari Selasa, 4 Februari satu lagi mesyuarat telah diadakan.

" Pada mesyuarat itu kami berjabat tangan dan Jenkins berkata terima kasih kerana membantu kelab," kata Laudrup.
" Kemudian pagi itu saya menerima emel yang mengatakan 'kerana pelanggaran kontrak, berkuat kuasa serta merta , kontrak ditamatkan."Saya kemudian menghubungi kelab itu dan berkata ' apa yang berlaku '? Saya bertanya apa yang dimaksudkan dengan  ' pelanggaran kontrak ', tetapi kelab tidak dapat menerangkannya secara lebih terperinci. Isteri saya pun hanya mengetahui berita tersebut melalui internet."Saya kemudian bercakap dengan seseorang dari kelab dan bertanya 'boleh saya bercakap kepada kakitangan dan pemain? ' Kemudian, beliau berkata ' pengerusi berpendapat bahawa adalah idea yang buruk'. Saya dipecat dan saya masih belum mengucapkan selamat tinggal kepada sesiapa. "Laudrup , bercakap di sidang media di London, berkata beliau telah menerima mesej sokongan daripada bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dan penyerang bekas England Gary Lineker."Apabila mendapat banyak dugaan dan kesukaran, tetapi dalam masa yang sama ada yang membantu  dan menyokong, saya merasa amat berbesar harti dan gembira atas sokongan dan bantuan," tambah Laudrup yang merujuk sokongan daripada
Sir Alex Ferguson dan Gary Lineker.

Dalam masa yang sama, Swansea City enggan mengulas mengenai isu pemecatan Michael Landrup.

Sumber: BBC Football

-luis Garcia-
Recent Comments Widget