Tuesday, February 18, 2014

Manchester City kini lebih besar daripada Manchester United - Manuel Pellegrini


Manuel Pellegrini mendakwa bahawa Manchester City kini lebih besar daripada Manchester United.Pellegrini berkata: " Jika kita hanya mengambil kira musim ini, terdapat hanya satu kelab di Manchester dan ia milik kami. Namun anda tidak boleh lupa apa yang dilakukan United pada tahun-tahun sebelumnya."" Kami menyasarkan untuk terus berkembang dengan memenangi trofi , bukan sahaja dalam negara tetapi juga antarabangsa. Kami berjuang habis-habisan untuk memenangi empat kejuaraan pada tahun ini."

Pellegrini juga ditanya bagaimana pentingkah mengalahkan Barcelona." Ia adalah satu ujian yang baik ," katanya. " Ia adalah penting. Saya tidak fikir ia adalah perkara yang paling penting kerana kami baru di pusingan 16 . Tapi sekiranya kami boleh mengalahkan Barcelona dan mungkin pada pusingan seterusnya kami mungkin boleh kalah."" Setakat ini kita mempunyai musim yang baik dan kita akan meneruskan rentak tersebut. Sasaran kami adalah untuk terus kekal dalam Liga Juara-Juara serta menentang (dan menewaskan) kelab-kelab lain yang terhebat di dunia. "Beliau mengesahkan bahawa Fernandinho adalah dalam skuad, walau bagaimanapun Sergio Agüero disisihkan kerana kecederaan. 
Recent Comments Widget