Chelsea dimalukan Manchester City
Manchester City membuktikan bahawa mereka tetap berbisa dan cergas meskipun masih aktif dalam 4 kejohanan dengan menundukkan Chelsea 2-0 di Etihad Stadium dalam FA Cup semalam.
Gol pertama hadir menerusi Stevan Jovetic pada minit ke 16 apabila penyerang Montenegro ini menerima hantaran cantik Edin Dzeko dan terus melepaskan rembatan melepasi Petr Cech.
Gol kedua pula hadir pada minit ke 67 menerusi Samir Nasri apabila menerima hantaran David Silva. Gol tersebut merupakan gol pertama Samir Nasri pada tahun ini selepas diketepikan selama 5 minggu akibat kecederaan.
Dalam perlawanan tersebut Chelsea dikatakan langsung tiada shot on goal. Walaupun begitu pengurus Chelsea ini masih berpendapat bahawa pasukannya masih yang terbaik.
-admin bergkamp-
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home