Stylo Sport
Informasi Sukan Terkini
Friday, February 28, 2014
Janggut terbaik dari Eropah
Antara janggut-janggut terbaik daripada Eropah.
No 1. Sandro dari Spurs. Siap boleh ikat gitu..
No 2. Pirlo dari Juventus. Nampak natural dan sesuai dengan umur
No 3. Tim Howard dari Everton. Nampak pelik sikit sebab mamat nie botak kot..
No 4. Melberg dari Sweden. Mamat nie macam memang tak cukur dah janggut dia. Lama dah aku tengok dia macam nie
No 5. Andy Caroll dari West Ham. Simpan janggut setelah keluar dari Liverpool
No 6. Raul Meireles dari Fernebahce. Stail dan gaya yang selalu tak kena.
No 7. Xavi Alonso dari Real Madrid. Nampak tua dah mamat nie, tapi macho.
No 8. Gennaro Gattuso dari Italy. Samseng Italy nie...
No 9. De Rossi dari AS Roma. Seorang lagi samseng dari Italy. Muka ganas tak ingat..
No 10. Robert Pires. Memang dari dulu sampai bila-bila pun, macam nie jer lah janggut mamat nie. Ciput jer.
No yang keberapa yang nie, aku pun tak sure. Tapi kalau Rooney simpan janggut macam nie, memang aku tabikkk...
HahahahahhahahahahahhahahahaH
-luis Garcia-
Labels: Berita Merapu
Saya tidak mengkritik Robin van Persie - Chicharito
Pemain Mexico ini telah memuat naik gambar dalam Instagram dengan kapsyen yang menekankan pentingnya perpaduan berikutan dakwaan Robin van Persie yang beliau mengatakan "sukar" berada di atas padang.
Chicharito menegaskan dia tidak mengkritik Robin van Persie ke atas komen pemain Belanda itu selepas kekalahan Manchester United di tangan Olympiakos .
Van Persie telah mendakwa dia mendapati sukar untuk mencari ruang di padang berikutan kekalahan 2-0 United di Greece pada Selasa lepas dan menyatakan bahawa beliau terpaksa menyesuaikan diri permainan sendiri untuk disesuaikan dengan rakan sepasukannya .
" Kadang-kadang saya cuba mencari jalan untuk melakukan lebih banyak tetapi dalam bidang yang saya mahu bermain , rakan sepasukan saya sering di sana. Ini menjadikan ia sukar bagi saya," kata Van Persie .
" Kemudian saya perlu menukar taktik saya untuk disesuaikan dengan rakan sepasukan saya, dan bermain di luar zon saya. Ia sayang . "
Pada hari Khamis, Chicharito telah mengirim gambar pada Instagram dengan kapsyen : "Tanpa rakan sepasukan anda, anda tidak boleh menjadi orang dalam bola sepak , sentiasa bersyukur . "
Chicharito, yang telah membuat 25 penampilan di bawah David Moyes musim ini, menegaskan mesej itu tidak berkaitan dengan pandangan selepas perlawanan Van Persie .
"Saya meletakkannya di luar konteks, " Chicharito disiarkan di Twitter.
"Kenapa akhbar sentiasa mengambil komen di luar konteks, komen saya pada Instagram tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan RVP .
sumber: dailymail
Labels: EPL
Tattoo peminat bola sepak
z
Moyes Out!
MCFC
Jürgen Klopp
Jupp Heynckes
Brenden Rodgers
You'll never walk alone
(Not So) Neymar
Eeverton
Clint Dempsey???
Kolo Touro?
Labels: Berita Merapu
Bayern Munich boleh dikalahkan
Bekas penjaga gol Schalke ini meragui Bavarians akan dapat meniru Real Madrid membelasah Schalke pada hari Sabtu ini.
Manuel Neuer telah menegaskan bahawa Bayern Munich boleh dikalahkan oleh Schalke jika mereka tidak berada di dalam prestasi baik .
The Bavarians masih belum kalah dalam liga musim ini dan telah menang di laman sendiri, tetapi Neuer , yang mencipta nama bersama Schalke sebelum ini, mengakui bahawa Schalke mempunyai pemain yang boleh mengalahkan Bayern Munich.
Labels: otherleague
Pemain Chelsea di serang penyakit kuning
Pemain Chelsea, Petr Cech, Frank Lampard, Fernando Torres, Eden Hazard, John Terry dan David Luiz akan membintangi siri kartun The Simpsons.
Tetapi bagi David Luiz pula beliau akan beraksi sebagai watak yang lain dan bukan sebagai pemain Chelsea.
Selain pemain Chelsea, Cristiano Ronaldo dan Ronaldo (Brazil) juga pernah membintangi siri kartun The Simpsons
sumber: dailymail
Labels: Berita Merapu
PERLAWANAN PERSAHABATAN AMAL ANTARA PILIHAN TMJ vs PILIHAN PBNJ
DYAM Tunku Ismail dan skuad pilihannya telah menunjukkan permainan dalam klas yang tersendiri malam tadi apabila menentang pasukan pilihan PBNJ. Dengan jurang jaringan 8-1 yang dimenangi pilihan TMJ, keputusan tidak penting dan tiada piala mahupun pingat untuk dimenangi.
Barisan pemain adalah:
PILIHAN TMJ (JDT)
DYAM Tunku Ismail (TMJ), Azlan (GK), Jasazrin, Moya, Beng, Fazly Mazlan, Irfan Fazail, Hariss Harun, Hadin Azman, Nurul Azwan Roya, Yan.
PILIHAN JOHOR FA
Angel (GK), Juan Roman, Dimitri, Zafrin, Marcos, Roslan Hamid, Qique, Machi, Martin, Hamzani, Faruq.
Namun permata sebenar perlawanan adalah sumbangan amal oleh PBNJ sebanyak RM 80 000.00 sebelum bermulanya separuh masa kedua yang disampaikan oleh Ketua Jurulatih JDT Cesar Jiminez kepada keluarga mangsa lemas Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat yang diwakili oleh Pegawai Daerah Segamat Tuan Hj. Abdul Rahim Bin Hj Nin.
Turut menerima serahan cek berjumlah RM 20 000.00 setiap satu kepada 6 buah rumah anak yatim terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Islam daerah Pontian yang diwakili oleh Tuan Hj Mohd Haikal Hj Barkawi, Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bahru-En Nasaruddin Bin Amet/Rahiman Bin Sarbidi, Rumah Barkat Johor Bahru-Dato’ Hj Abd Kadir Bin Anuar/Tn Hj Abu Bakar.
Baihakki Khaizan dan Datuk Latiff Bandi pula telah menyampaikan cek kepada Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Islam daerah Kota Tinggi yang diwakili oleh En Mohd Badrul/En Mohd Azhar, Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Islam Batu Pahat- Hj Jaafar Suradi dan Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Islam daerah Kluang-Dato Hj Gapar.
Cukup nostalgik apabila kelibat bekas pemain Johor yang bermain untuk Pilihan PBNJ seperti Nasir Yusof, Salehan Md Som, Kamaruddin Ahmad, Roslan Hamid, Hamzani dan tidak lain tidak bukan Penolong Jurulatih JDT Ismail Ibrahim yang seangkatan dengan nama-nama besar ini suatu masa dahulu berkata; ”Kami sekadar mencari peluh dan suka-suka dan yang penting adalah kami enjoy the game”.
Menurut ‘Profesor’ Nasir Yusof pula, “Kali terakhir saya bermain di stadium ini ialah pada tahun 1995, dan saya sangat berbangga dan merupakan satu penghormatan dapat beraksi menentang sebahagian daripada pasukan JDT dan khasnya TMJ dalam satu perlawanan persahabatan amal. Saya juga mahu melihat JDT menjulang sekurang-kurangnya 2 piala pada tahun ini”.
Buat Salehan Md Som pula,”Saya dapat berjumpa kawan-kawan lama walaupun tidak semua dan apa yang dibuat oleh DYAM Tunku ini amat baik atas tujuan amal, pada peringkat umur begini setakat itulah saja yang dapat saya pamirkan dan sumbang walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit dan ini akan menjadi kenangan buat saya, semoga diberkati Allah”.
Cukup nostalgik apabila kelibat bekas pemain Johor yang bermain untuk Pilihan PBNJ seperti Nasir Yusof, Salehan Md Som, Kamaruddin Ahmad, Roslan Hamid, Hamzani dan tidak lain tidak bukan Penolong Jurulatih JDT Ismail Ibrahim yang seangkatan dengan nama-nama besar ini suatu masa dahulu berkata; ”Kami sekadar mencari peluh dan suka-suka dan yang penting adalah kami enjoy the game”.
Menurut ‘Profesor’ Nasir Yusof pula, “Kali terakhir saya bermain di stadium ini ialah pada tahun 1995, dan saya sangat berbangga dan merupakan satu penghormatan dapat beraksi menentang sebahagian daripada pasukan JDT dan khasnya TMJ dalam satu perlawanan persahabatan amal. Saya juga mahu melihat JDT menjulang sekurang-kurangnya 2 piala pada tahun ini”.
Buat Salehan Md Som pula,”Saya dapat berjumpa kawan-kawan lama walaupun tidak semua dan apa yang dibuat oleh DYAM Tunku ini amat baik atas tujuan amal, pada peringkat umur begini setakat itulah saja yang dapat saya pamirkan dan sumbang walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit dan ini akan menjadi kenangan buat saya, semoga diberkati Allah”.
sumber: johor southern tigers
Labels: ligasuper