Itulah yang boleh peminat-peminat Real Madrid katakan pada masa kini. Dengan tertewasnya Real Madrid kepada pasukan Celta Vigo, ini bermaksud kejohanan La Liga terletak pada Atletico dan Barcelona sahaja.
Kini, Real Madrid berada pada kedudukan ketiga dengan mata keseluruhan 84 mata. Walaupun Real menang pada perlawanan terakhir, mereka masih tidak dapat memintas Atletico dengan 89 mata. Yang lebih menarik, perlawanan terakhir ditentukan melalui perlawanan terakhir antara Atletico dan Barca.
Kalau Atletico menang atau seri, mereka juara La Liga. Barcelona pula mesti menang untuk mendapatkan kejuaraan. Real Madrid pulak, perlu beli pemain yang mahal lagi musim depan untuk menang La Liga.
Hahahhaha...
Nampak sangat apabila Ronaldo cedera, Real Madrid tempang dibahagian serangan. Walaupun mempunyai Bale dan Benzema namun serangan masih tumpul. Ingat tak masa Real seri tempoh hari, siapa yang menjaringkan gol? Ramos tau. Kan Ramos tue pertahanan. gol pun melalui tendangan percuma.
Maknanya kalau dalam perlawanan terbuka, dan Real bermain tanpa Ronaldo, maknanya, kelab bawahan boleh sahaja menewaskan Real Madrid.
Apapun, apa yang aku boleh ucapkan kepada peminat-peminat Real,cari penyerang yang sempoi tau untuk musim hadapan. Dan terkini, aku dengar ada khabaran angin yang Real ingin menyambar Suarez untuk musim hadapan. Berapa? 87 juta untuk batal contrak sahaja tau... Harga sebenar tak tahu lagi.
hehehheheh...
Penentu kejuaraan La Liga |