Ong Kim Swee, ketua jurulatih Harimau Muda telah mendedahkan senarai pemain yang akan dibawa untuk bermain dalam Liga Queensland Australia.
Pasukan itu terdiri daripada pemain yang berpengalaman dan juga pemain yang baru dalam skuad 25 pemain itu.
Pemain yang dikekalkan ialah Steven Robbat Garry, Saarvindran, Nazirul Naim dan Muhammad Ferris Danial . Ong Kim Swee telah menamakan tiga penjaga gol untuk cabaran mereka dalam liga, iaitu Damien Lim, Mohamad Firdaus dan Mohd Farhan Abu Bakar.
Ini adalah kali pertama Harimau Muda A akan bermain di Liga Australia , untuk menimba pengalaman dan membantu persediaan mereka untuk beberapa kejohanan utama akhir tahun ini.
Sebelum ini, beberapa laporan Australia telah mengatakan bahawa ketibaan Harimau Muda akan menarik minat bookie bola sepak untuk menetapkan perlawanan. Walau bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) telah menegaskan bahawa mereka akan teruskan untuk bermain di sana , walaupun terdapat kritikan negatif daripada media.
Senarai penuh pemain Harimau Muda A bermain di Australia:
- Mohd Farhan Abu Bakar
- Shahrul Mohd Saad
- Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris
- Muhammad Ariff Farhan Md Isa
- Saarvindran Devandrin
- Muhamad Arif Mohamed Anwar
- Gary Steven Robbat
- Adam Nor Azlin
- Satish Krishnan
- Mohammad Amer Saidin
- Muhammad Nurridzuan Abu Hassan
- Mohamad Fandi Othman
- Mohamad Firdaus Muhamad
- Mohammad Ridzuan Abdunloh Pula
- Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
- Nazirul Naim Che Hashim
- Damien Lim Chien Khai
- Saiful Ridzuan Selamat
- Kenny Pallraj Davargi
- Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik
- Muhamad Faizat Mohamad Ghazli
- Mohamad Qayyum Marjoni Sabil
- Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew
- Zaiful Abdul Hakim
- Muhammad Ferris Danial Mat Nasir