Friday, February 27, 2015

JDT mahu FAM hukum Pahang


JDT mahu FAM hukum Pahang


Aku memang sokong dengan tindakan JDT ni. Bukanlah nak condong ke JDT. Tapi JDT ada asas dan bukti. Bayangkanlah, semua peminat bola pun memang nampak senampak-nampaknya. Bila sebelah Pahang buat hal, paling koman pun denda yang di kenakan, amaran keras. Tapi bila pasukan lain, dendanya bukan main. Puluhan hingga ratusan ribu kena bayar. Sekarang ni, JDT mahu FAM hukum Pahang. Biarlah adil untuk semua pasukan. Kalau salah, tetap salah. Tak perlulah nak condong ke sana atau ke sini. Biar gentleman. Baru semua orang respect. Kita nak 1 Malaysia respect. Bukan hanya orang dalam sahaja yang respect, tapi orang luar meluat.

di petik dari FB Johor Souther Tigers

ISU 'FAIRPLAY' MENGIKUT CARA FAM
Salam Dato', pada 10hb April 2013 pasukan Kelantan selepas bermain Piala AFC menentang Da Nang, dan mengharungi hampir 20 jam perjalanan daripada Vietnam, pasukan Kelantan telah memohon ditangguhkan tarikh perlawanan Liga Super menentang ATM pada 13hb April, tetapi permohonan pasukan Kelantan tidak dilayan. Pada 2014, pasukan JDT juga ada memohon pertukaran tarikh ketika menentang Terengganu, tetapi disebabkan tiada persetujuan dari kedua-dua belah pasukan maka pindaan tarikh tidak dapat dilakukan.
Mengapa ada dua standard berbeza untuk lain-lain pasukan. Ini menunjukkan tiada konsistensi di dalam FAM ketika membuat keputusan. Pasukan Pahang tiba 26hb Februari, jadi saya tidak faham mengapa tarikh perlawanan Piala FA antara JDT dan Pahang perlu ditunda ke 2hb Mac? Saya telah dimaklumkan oleh Dato' Seri Hj Afandi Bin Hamzah yang pasukan Pahang akan tiba di Malaysia pada 27hb Februari 2015, tetapi kami mempunyai bukti yang pasukan Pahang telah tiba di Malaysia pada 26hb Februari 2015.
Adakah FAM menipu JDT atau pun Pahang yang menipu badan induk FAM? Saya tidak bertujuan untuk menimbulkan perbalahan tetapi sebaliknya hanya mahukan FAM sendiri bertindak adil kepada semua pasukan. Saya ingin tahu apakah tindakan FAM selanjutnya? Saya tidak ada masalah dengan pasukan Pahang atau mana-mana pasukan di negara ini. Saya juga tidak ada masalah dengan badan induk bola sepak, iaitu FAM. Saya cuma mahukan badan induk berlaku adil dan konsisten kepada semua pasukan di Malaysia.
Ini sekadar pandangan 'budak mentah' yang tidak pandai menjaga persatuan bola sepak.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor









Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget